Pak Dollah dah tak senang duduk lagi.Jawatannya selaku ketua kampung sudah mula ditentang,sama ada dari golongan yang memang terang-terang lawan dengan dia,ataupun anak buahnya sendiri.Pak Dollah baru tersedar selama ni semua orang tak suka dia.Orang-orang kampung,sama ada kat pasar ikan,kat kebun,ataupun kat kedai kopi,semua kutuk2 dia.Terutamanya menantu kesayangannya Abang Kay.Abang Kay ni lahir kat oversea,jadi riak dan berlagaknya memang macam tu.Tapi kerana terlalu sayangnya kat menantu yang lahir kat oversea,study kat oversea ni,Pak Dollah diamkan aje perangai si Abang Kay ni.

Adapun begitu,JKKK kampung dah berapa kali meeting,setiap kali meeting,Pak Dollah asyik tido je.Maklum la,baru kawin bini baru.Jadi,semuanya,bak kata orang kampung Abang Kay,"Abang Kay do the talking".Haha!

Pun begitu,ada orang luar yang sememangnya nak takeover kampung,nak buang semua orang2 Pak Dollah ni.Kita panggil dia anak Pak Berahim je la.Anak Pak Berahim ni,orangnya bijak,dulu pernah jadi timbalan ketua kampung ngan ketua kampung lama,Mamak Maiden.Tapi Mamak Maiden ni,ntah tiba2 tak sebulu dengan anak Pak Berahim ni,dia tuduh la anak Pak Berahim ni gay,pastu curi duit orang kampung.Langsung kena buang kampung(orang kampung padahal tau bukan Pak Berahim yang buat).Lalu Mamak Maiden pun melantik la Pak Dollah yang kuat tido ni jadi timbalan dia,supaya bila Mamak Maiden dah tua nanti,Pak Dollah ikut je cakap dia.Tapi Pak Dollah ego kuat,walaupun tak sepandai Mamak Maiden.

Anak Pak Berahim datang balik kat kampung,dan semua orang kampung mengharapkan anak Pak Berahim ni selamatkan keadaan.Dengan sawah kering kontang,pendek kata,keadaan kampung tak terurus la dengan Pak Dollah tido ni.Pak Dollah pun ada timbalan,kita panggil dia anak Pak Jak je la.Anak Pak Jah ni,ada bini yang suka berjoli di pekan.Kalau ada pasu paling latest,bini anak Pak Jak ni la yang dapat dulu.Baju ke,kain langsir ke.Apa standard Kamdar bagi bini anak Pak Jak ni.

Sekarang ni anak2 buah semua sokong anak Pak Jak,dah tak suka Pak Dollah.Tapi Abang Kay mana boleh berdiam diri,dia pun ada ego sendiri.Anak Pak Berahim pulak janji tengah bulan puasa nak panggil orang2 dalam kampung tu memberontak lawan Pak Dollah,tapi senyap je,anak Pak Berahim ni janji,tapi tak boleh buat pulak.Macam mana anak Pak Berahim ni.

Anak Pak Jak pulak,dah mula anak-anak buah kampung ni dah sokong dia nak jatuhkan Pak Dollah Tido ni.Tapi masalahnya bini pulak buat perangai.Pasal suka main mercun.Sampai meletup anak orang.

Yang Pak Dollah ni pulak,suka tido sampai huru-hara kampung pun dia buat peta kat bantal je.Anak menantu Abang Kay perangai macam samseng mafia yakuza pun Pak Dollah Tido cakap,"takpa..".

Yang Anak Pak Berahim ni pulak cakapnya berapi-api,ada gak dengar dia ada backup dengan Taukeh Lim,dengan Lebai Sheikh Pak Awang.Tapi so far indah khabar dari rupa.

Camni la,gua sebagai penduduk 'kampung' ni,dah muak dan jelak dengan semua ni.Yang dah ada jawatan tu,samada geng Pak Dollah Tido ke,Anak Pak Jak ke,Anak Pak Berahim ke,sapa2 la,buat la kerja majukan kampung.Sawah ladang semua dah kering kontang.Ikan-ikan,ayam-ayam semua dah mati dah,semua orang tak jaga.Yang korang ribut-ributkan,jawatan JKKK kampung.Orang kampung hari-hari makan nasi lauk garam korang ambil kisah ke?Orang kampung miskin rumah atap rumbia korang ambil kisah ke?

Aku nak kampung ni maju balik macam dulu.Nak panggil Mamak Maiden pegang balik,mamak tu pun dah tua.Cakap pun merapu.Telinga dah tak berapa nak dengar.Anak Pak Berahim kalau berjanji tu,buat.Jangan cakap pakai dan je.Anak Pak Jak,suruh bini hang tu shopping slow2 sikit,bulan2 Ramadhan ni,beramal la sikit.Jangan beli mercun pastu letup kat orang.Pak Dollah,pergi la tido.Lepas ni tadak sapa nak kacau.Abang Kay,udah2 la tu,masuk kampung tak payah buat perangai yakuza kat sini.

Kita ni semua sama je di sisi Allah.Aku tak kisah sape2 pun memerintah,asalkan makmur 'kampung' aku ni.


1 Comment   Share this  Bury

Comments Siapa undi Related Links